Thursday, June 9, 2011

cerpen-dendam vs cinta

Perbualan antara Miasara dan Ariani terhenti apabila sebuah kereta yang melalui jalan yang same melanggar lopak air di tepi jalan. Akibatnya,baju mereka habis basah lecun. Tapi, lebih menyakitkan hati apabila pemandu kereta itu sesedap oren teruskan pemanduan tanpa mengucapkan kata-kata azimat maaf.
“eii,,sara pantang betul dengan orang macam tu. Dia ingat dia sorang je ke ada kereta. Tunggulah,satu hari nanti sara akan balas dendam kat dia” janji sarah sambil memerhatikan bajunya yang da lencun itu.
“ish,kau ni.kau kenal ke dia tu sape yang ko sesedap oren nak balas dendam?”balas Riani.
“Riani tunggu jelah nanti.” Balas Sara yang sedang kegeraman itu. Eh ada ke dalam kamus dewan kegeraman. Lantaklah, asalkan Aiman tak kisah.
“kau jangan. Ibarat kata Prof. Ariani yang cantik lagi bijaksana ni jangan terlampau membenci seseorang nanti kau jugak yang terlebih-lebih saying kat dia” nasihat Riani walaupun masih terselit jenaka-jenaka.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ pada pendapat awak, kenapa saya perlu mengambil awak sebagai pembantu rumah saya?” Tanya Danish kepada calon pembantu rumahnya yang terakhir. Dia sudah penat men-interview calon-calon yang datang sejak dari tadi. Dia tahu suemua yang datang bukan bersunguh-sunguh untuk bekerja dengannya. Tetapi lebih kepada ingin memikatnya. Almaklum sahaja la dia sama handsomenya dengan Dato’ Syed Muzzafar. Perasannya lah mamat ni.
‘supaya saya boleh balas dendam kat awak atas perbuatan awak yang tersangatlah menyakitkan hati hari tu.’sara bermonolog dengan dirinya sendiri.
“hah, apa awak kata?”Danish seperti terdengar suara ,gadis kecil molek itu tadi.
“Encik Danish ni,mana ada saya bercakap.”fuh selamat nasib baik tak terkantoi. “berbalik kepada soalan encik tadi,saya merasakan diri saya layak bekerja di rumah encik kerana ,pertama saya seorang yang rajin dan pandai masak. Sure encik inginkan seorang pembantu yang rajin dan pandai memasak kan? Takkan lah encik nak buang duit dengan membayar gaji pembantu yang malas. Alasan yang kedua saya seorang yang comel dan menyejukkan mata memandang” jawab Sara tanpa rasa malu-malu kambing.
“Alasan yang pertama boleh di terima akal. Tapi alas an kedua tu saya rasa tak kena je. Apa-apa pun,esok pastikan pukul 7 awak da ada kat rumah saya dan jangan lupa sediakan breakfast. Dan ini kunci rumah saya,awak jangan bawa pencuri pula untuk mencuri kat rumah saya pula” arah Danish.
“Maknanya saya diterima bekerja di rumah encik?Ya Allah terima kasih encik. Saya nak balik dulu nak bagi tahu mak saya. Terima kasih encik.Assalamualaikum.” Sara terus keluar dari rumah itu sambil terlompat-lompat kegembiraan. ‘siapla kau nanti,tunggu lah hari pembalasannya.’
“you’re so sweet la my dear. Macam kanak-kanak ribena. Kalau Sara tak bagi alas an Sara comel pun Danish dah tahu yang Sara ni comel” hati Danish dah ibarat taman bunga apabila melihat Sara tadi. Dia amat menyukai gaya slamber Sara tadi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum.”jerit Sara buat kali yang terakhir sebelum dia membuat keputusan untuk mengunakan kunci yang di beri Danish kemarin. ‘sah mamat ni masih membuat tahi mata. Tak apa-tak apa nanti mata kau akan terbeliak tengok aku. Hari ini akan mulalah misi mengurat mamat snobbish ni.’
Dia terus ke dapur dan memulakan aktiviti memasaknya. Dia ingin memasak nasi goring sahaja untuk sarapan pada pagi ini. Dia menjenguk ked a;lam peti sejuk untuk melihat isi-isi peti sejuk itu. ‘masya-Allah tak ada apa-apa. Macam mana aku nak masak nasi goring ni? Yang ada Cuma telur dan roti sahaja. Erm, tak apa-tak apa. Aku boleh masak roti kasih sayang Sara untuk hari ini.
Kelentan-kelentun bunyi senduk bertemu dengan kuali. Memang tak ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la si Sara ni. Ada aku kisah, asalkan rasa dia fuh, menjilat jari.
Sebaik sahaja Sara keluar membawa kain untuk di jemur Danish turun ke ruang makan. “selamat pagi,Sara.”tegur Danish sekadar untuk berbasa-basi. Dia tidak ingin menunjukkan bahawa dia menyukai Sara.
“selamat pagi encik. Jemputlah makan. Makanan saya dah hidangkan dekat meja makan tu.” Ucap Sara dengan sopan-santunya. ‘semoga Berjayalah rancangan aku, amin’ doa Sara
Apabila Danish pergi bekerja,Sara memulakan aktiviti mengemas rumah Danish. Tak banyak yang perlu dikemasnya. Ada ciri-ciri bakal suami mithali ni. Eh tak boleh-tak boleh. Belum apa-apa hati aku yang tergadai dulu. Tak boleh jadi ni. “Sara kau boleh,jangan mengaku kalah kat mamat snobbish tu” azam Sarah sambil menjunjung penyapu yang digunakan untuk menyapu tadi. Selesai menyapu Sara meninjau apa lagi yang perlu dilakukan. Akhirnya dia memutuskan untuk keluar ke pasar untuk membeli bahan-bahan untuk memasak hidangan tengah hari nanti.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sambil berjalan ke pasar dia memikir nak masak apa hari ini. Apa kata masak asam pedas ikan patin dengan sayur bayam bening. Bahan-bahan yang perlu dibeli ialah ikan patin,kunyit hidup,bunga kantan,sayur bayam,jagung manis,tomato,temu kunci dan daun salam. Bahan untuk menumis dia rembat kat rumah dia je nanti. Almaklum sahajalah,rumahnya hanya selang dua buah rumah daripada rumah Danish.
Selesai berbelanja dia membawa semua bahan-bahan tadi ke rumah Danish. Selepas mengemas bahan-bahan tadi, dia berjalan menuju ke rumahnya. Dia mengambil serai,daun kesum,bawang putih,bawang merah,asam jawa dan sedikit belacan di rumahnya sebelum kembali semula ke rumahnya. Dia turut membawa pakwe kesayangannya(mp3).
Sara mula dengan memasak nasi. Kemudian dia mula menyediakan asam pedas dan sayur bayamnya. Dia selesai apabila jam menunjukkan jam 1 petang. Setengah jam kemudian Danish balik untuk makan tengah harinya.
“Sara petang ni awak siap untuk ke mall. Pukul 5 saya ambik awak.”arah Danish sambil mencuba asam pedas Sara. ‘erm,boleh tahan. Sedap.’
“hah? Tapi untuk apa encik Danish?”Tanya Sara yang terkejut dengan arahan Danish.
“kita nak pergi beli barang dapur. Saya tahu kat dalam rumah saya ni tak ada barang-barang”jawab Danish slamber tanpa melihat wajah terkejut beruk Sara.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“awak comel sangat hari ni.”puji Danish ketika mereka sedang memilih barang dapur. Sara sudah malu-malu kambing,muka pun dah blushing. Dia merasakan dia dah jatuh hati dengan layanan mesra dari Danish sepanjang mereka shopping barang dapur. Dia telah melupakan azamnya untuk membalas dendam tadi. Selesai membeli barangan dapur mereka berhenti makan di KFC.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sudah dua bulan sejak Sara bekerja dengan Danish. Hubungan mereka bertambah erat seperti pasangan kekasih. Sampailah suatu hari di mana Danish menjumpai surat yang Sara tulis kepada Ariani.
Ariani,
Aku dah dapat kerje kat rumah mamat tu. Aku rancang nak buat dia sampai jatuh hati kat aku. Kemudian aku akan tinggalkan dia. Kau tengoklah nanti.
Sara
Apa makna sura awak ni?awak kenakan saya?selama ni perhatian awak hanya pura-pura?besar sangat ke salah saya pada awak?kenapa awak sanggup permainkan saya sampai macam ni?mulai hari ni saya tak kenal lagi siapa awak Qissqiasyamaisarah. Awak boleh keluar dari rumah saya sekarang!” tengking Danish.
“saya mintak maaf.”ucap Sara dengan air mata yang dah beranak sungai di pipinya. Dia tidak menyangka surat yang ditulis ketika hari pertama dia bekerja di situ masih wujud. Surat itu juga menyebabkan dia dibuang oleh Danish. Cintanya pada Danish sedang mekar di dalam hatinya. Tidak mungkin dia akan melupakan Danish.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
3 tahun kemudian.
Sara memeriksa resumenya untuk ke sekian kalinya. Selama 3 tahun ini dia telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan. Tetapi dia masih tidak melupakan mamat snobbishnya aka Danish. Sekarang dia sedang menghadiri satu sesi temu duga di D&S sdn.bhd. Sebuah syarikat yang terkemuka di Johor.
“Cik qissqiasyamaisarah,sila masuk.” Umum seorang pertugas di situ. Dengan Bismillah Sara memulakan langkah untuk masuk ke bilik temu duga. Ada tiga orang penel penemuduga. Seorang perempuan dan dua lagi lelaki. Yang perempuan bernama pn. Aliya dan lelaki bernama en. Fadil dan en. Danish Iqram. Hah, Danish Iqram. Tu kan nama Danish. Maknanya ni syarikat Danish lah. Aku tak nak kerja kat sini. Aku akan buat sesuatu.
“boleh saya tanya ni temuduga untuk jawatan apa?”tanya Sara yang dah tak senang duduk.
“niy temu duga untuk jawatan setiausaha kepada en. Danish. Kenapa?”jawab Puan Aliya.
“owh,maafkan saya. Saya ingatkan init emu duga untuk jawatan kerani. Saya mintak maaf. Saya keluar dulu.”tanpa menunggu jawapan Sara bergegas keluar dari bilik itu.
“Sara!” panggil Danish. “Qissqiasyamaisarah,baik awak berhenti sekarang!”arah Danish. Sara serta merta berhenti mendengar arahan itu. Air matanya sudah mengalir di pipinya. Danish betul-betul berhenti di hadapan Sara. Dia terkejut melihat Sara menangis.
“sayang,kenapa awak nangis ni?”Danish bertanya lembut. Danish menarik Sara ke dalam pelukkannya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Aku terima nikahnya Qissqiasyamaisarah binti Miqail dengan mas kahwinnya rm8900 tunai.” Dengan sekali lafaz Sara sah sebagai isteri Danish.


P/s=cube2 je tulis citer niy..maaf kalau membosankan..silalah bagi komen..

No comments:

Post a Comment